Habitat dan pertumbuhan Pokok Jarak

Walaupun Pokok Jarak mungkin berasal dari kawasan tenggara Mediterranean dan Afrika Timur, pokok ini tersebar secara meluas di seluruh kawasan tropika pada hari ini. [2] Pokok Jarak hidup biak dengan mudah seolah-olah ia merupakan pokok asli dan sering ditemukan di tanah tandus. Ditumbuh secara meluas sebagai suatu tanaman seperti di Ethiopia, pokok ini juga dipergunakan sebagai tumbuhan hiasan di taman-taman dan kawasan-kawasan awam yang lain, khususnya sebagai "tumbuhan bintik" dalam skim-skim pendasaran tradisional.

Walaupun bersifat monotip, Pokok Jarak amat berbeza dari segi tabiat pertumbuhan serta rupanya. Ia merupakan pokok renek malar sulur akar yang tumbuh dengan cepat dan yang boleh mencapai tinggi sebatang pokok kecil (sekitar 12 meter), akan tetapi pokok ini tidak lasak. Di kawasan-kawasan yang sering mengalami fros , pokok ini biasanya lebih rendah dan tumbuh seolah-olah ia merupakan sebatang tumbuhan semusim. Pokok ini dapat mencapai 2-3 meter tingginya dalam setahun (jika disemai dengan awal di bawah kaca dan dikekalkan pada suhu kira-kira 20° C sehingga dipindahkan ke kawasan terbuka). [3]

Daunnya berkilat, antara 15 hingga 45 sentimeter panjangnya, dan berbentuk palmat, dengan 5-12 lobus yang ketara serta tepi yang bergigi. Warnanya berbeza-beza antara hijau tua (kekadangnya dengan warna kemerah-merahan sedikit) sehingga ungu kemerah-merahan atau kuning gangsa. Tangkai dan lenggainya yang bulat dan berduri juga berbeza-beza dari segi pempigmenannya, dengan lenggai lebih menonjol berbanding dengan bunganya.

Bunga jantan berwarna hijau kekuning-kuningan, dan mempunyai stamen-stamen yang berwarna putih kuning. Ia disangga oleh spika yang berbentuk ovoid dan yang panjangnya sehingga 15 sentimeter. Bunga betina yang terletak pada hujung spika mempunyai stigma yang menonjol dan yang berwarna merah. [4]

Pemilihan-pemilihan telah dibuat oleh para pembiak baka untuk dijadikan tumbuhan hiasan:

  • Gibsonii mempunyai daun-daun yang merah sedikit, serta vena-vena kemerah-merahan dan lenggai yang hijau kemerah-merahan jambu.
  • Carmencita Merah Jambu adalah serupa dengan Gibsonii, dengan tangkai yang merah kemerah-merahan jambu.
  • Carmencita Merah Terang mempunyai tangkai yang merah, serta daun yang berwarna ungu tua dan lenggai yang merah.

Kesemua tumbuhan-tumbuhan tersebut merupakan tumbuhan musim dan tumbuh sehingga sekitar 1.5 meter tingginya. [5] Tumbuhan-tumbuhan yang lain yang juga digunakan sebagai tumbuhan hiasan adalah seperti yang berikut:

  • Impala adalah padat (hanya 1.2 meter tingginya), dengan dedaun dan tangkainya berwarna kemerah-merahan. Warna tunasnya adalah paling terang.
  • Puncak Menara Merah (bahasa Inggeris: Red Spire) tingginya 2-3 meter, dengan tangkai merah serta dedaun yang berwarna kuning gangsa. (Ketinggian merujuk kepada pokok yang ditumbuh sebagai tumbuhan semusim.)
  • Zanzibarensis juga 2-3 meter tingginya dan mempunyai daun besar (50 sentimeter panjangnya) yang berwarna hijau sederhana serta tulang daun yang berwarna putih. [6]

Kacang kastor juga dipergunakan sebagai satu tumbuhan makanan oleh larva-larva untuk sebilangan spesies Lepidoptera,  termasuk Rama-rama Harimau Bintang Raksasa (bahasa Inggeris: Giant Leopard Moth), Hypercompe hambletoni, dan Rama-rama Buah Pala (bahasa Inggeris: Nutmeg). Ia merupakan makanan kesayangan Burung Merpati Tamburin (Turtur tympanistria; bahasa Inggeris: Tambourine Dove).